Monday, July 1, 2013

SEKOLAH OH SEKOLAH.... SAMPAI SEKARANG AKU MAMPU BERSABAR..

I

 ha, itu lah sekolah aku.. sekolah jenis kebangsaan cina.  kata orang "tak kenal maka tak cinta". tapi sangat berlainan tanggapan aku bagi sekolah ni. dah masuk tahun kedua aku bertugas di sekolah ni. aku kenal sekolah ni, tapi aku tak cinta. ha, panjang ceritanya.

sejak kali pertama ak melangkah masuk sekolah ni, aku beranggapan sekolah ini akan menjadi satu elemen pengajaran yang dapat dijadikan pengalaman manis untuk aku. rupanya tidak sekali pun tanggapan aku betul. aku telah menghadapi suatu cabaran dan dugaan yang teramat berat dan hanya Allah sahaja yang tahu.

aku mengalami masalah pengajaran di sekolah ini. murid-murid cina tidak dapat mengikuti pengajaran yang aku laksanakan sepanjang aku berada di sana. mereka tidak memahami bahasa yang aku gunakan iaitu bahasa ibunda!. rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dan memahami bahasa malaysia.

aku seumapama mengajar manusia yang tidak mengerti apa yang aku ucapkan. ianya bukan sekadar sukar, tetapi teramat amat amat sukar. tahun pertama aku mengajar di sekolah tersebut, aku mengalami tekanan yang teramat dahsyat sehinggakan rambut aku gugur setiap hari. aku juga sering mendapat sakit yang remeh-remeh akibat tekanan tersebut.

tahun berkenaan merupakan tahun penyiksaan bagi diriku. aku tidak menafikan bahawa terdapat segelintir yang boleh bertutur dalam bahasa malaysia, tetapi yang boleh bertutur tu umpama 1 dalam 50 orang.

pada tahun pertama, aku dikritik hebat dan diperkatakan oleh guru-guru senior sekolah tersebut mengenai ketidakbolehan aku mengajar anak2 bangsa mereka. mereka mengatakan bahawa aku tidak dapat mengawal bilik darjah. aku tidak marah dengan kata-kata mereka, tetapi aku akui yang memang itu kelemahan aku. aku tidak dapat memberi pemahaman pengajaran subjek bahasa melayu kepada murid-murid yang tidak boleh berbahasa melayu langsung.

guru-guru senior di sekolah tersebut juga turut  cuba untuk memberikan pertolongan kepada aku untuk mengawal bilik darjah, tetapi hanya sementara sahaja perubahannya,. murid-murid akan tetap bising, tidak membuat kerja yang diberikan. hasilnya, bila lepas periksa, markah murid-murid tersebut teruk. mcm tak belajar. tapi memamng mereka tak belajar pun, main je lebih! hahahah...

sehinggakan satu hari aku menangis sorang2 dalam kereta ketika pulang dari sekolah. aku sedih sangat dan aku tertekan yang teramat. aku menangis! dalam kereta keseorangan. dan dalam pada masa yang sama aku terdengar di radio sinar fm, dr fazilah kamsah bg motivasi yang ade kene mengena dengan aku. di kata " orang yang gagal dalam hidupnya adalah orang yang gagal dalam kerjayanya" nah, setepek kene kat muka aku.. hm...

sambung lagi nanti... dah juling mata aku taip banyak2.. huhuh

Wednesday, August 24, 2011

CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA

CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA

Pembentukan Bandar

Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India.

Pembentukan Kerajaan

Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

Wujudnya Organisasi Sosial

Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.

Perkembangan Teknologi

Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

Pengkhususan Kerja

Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang.

Wujudnya Kepercayaan

Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati.

Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan yang bersifat kualitatif. Kualitatif merupakan sesuatu perubahan yang dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal yang dikenali sebagai peringkat pertumbuhan. Secara umumnya, perkembangan adalah kemahiran menggunakan anggota badan seperti memusing badan, duduk, merangkak, menyatakan kehendak dirinya, berjalan dan berlari.

Menurut Santrock (2008), perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga akhir hayat. Selain itu, D.S Wright dan Ann Taylor pula menyatakan bahawa perkembangan adalah perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Selain itu juga, ada pendapat yang lain seperti pendapat Crow yang menyatakan perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. pula mentakrifkan bahawa perkembangan dihasilkan daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Kesimpulannya, perkembangan adalah bersifat kualitatif iaitu perkembangan kebolehan dan dalaman diri kanak-kanak, manakala pertumbuhan pula bersifat kuantitatif yang dapat diukur dan dilihat seperti pertambahan saiz serta struktur badan. Pertumbuhan pula melibatkan kemahiran menjalin hubungan social dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat.

PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan kanak-kanak merupakan suatu proses yang turut mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Antara prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Hal ini bermaksud setiap perkembangan kanak-kanak adalah berlaku secara teratur mengikut prosedur yang telah berlaku sejak azali lagi. Contohnya, kanak-kanak hanya boleh duduk pada peringkat awal dengan bantuan, setelah itu merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Proses perkembangan ini berlaku secara teratur dari yang rendah hingga ke peringkat yang tinggi. Perkembangan ini berlaku secara knkrit dan abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip yang kedua ialah perubahan dalam bentuk pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada spesifik. Contohnya, bayi diajar untuk menggunakan motor kasar dan motor halus yang mereka punyai. Latihan ini adalah amat penting dan penjaga hendaklah member peluang kepada bayi untuk menggunakan otot kasar dan otot halus mereka dengan baik. Antara contoh prinsip ini ialah kebolehan bayi menggenggam objek (otot kasar) dan kebolehan bayi memegang objek menggunakan jari (otot halus).

Prinsip yang ketga pula ialah perkembangan dan pertumbuhan berlaku secara berterusan. Kanak-kanak yang telah memperolehi kemahiran yang sedia ada akan menambah kemahiran-kemahiran tersebut untuk mencapai kemahiran-kemahiran baharu kelak. Misalannya, seorang kanak-kanak telah mencapai kebolehan untuk berlari, dan akhirnya kanak-kanak tersebut dapat melompat setelah menguasai kemahiran berlari. Ia merupakan proses yang berlaku secara perterusan dan tidak akan pernah berhenti.

Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadarnya berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat berjalan lebih awal daripada kanak-kanak yang biasa dan ada juga kanak-kanak yang dapat bercakap lebih awal daripada kadar masa yang kebiasaannya. Ini menunjukkan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari segi pengkadaran dan masanya.

Prinsip asas yang terakhir ialah perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah bergantung kepada faktor genetik yang tertumpu kepada potensi yang sedia ada dalam diri seseorang individu. Pembelajaran pula adalah proses yang dapat dicapai melalui usaha dan latihan yang berterusan. Hal ini bergantung kepada proses peniruan dan identifikasi. Contohnya seseorang individu itu mempunyai keinginan untuk memandu kereta, tetapi dia hanya boleh memandu jika hanya dia berlatih dan meniru cara-cara untuk memandu kereta.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Terdapat beberapa faktor perkembangan yang dapat saya perolehi daripada dapatan kajian saya bedasarkan sumber yang tertentu. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan ialah faktor baka. Faktor baka merupakan faktor yang amat besar kesannya terhadapa perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, baka adalah merujuk kepada cirri-ciri biologi. Ia juga mengandungi gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa mereka kepada anak-anaknya. Gen ini terkandung pada kromosom yang juga medium utama untuk menguasai perkembangan manusia dan adalah unik serta berbeza untuk setiap individu. Contohnya ialah seperti ketinggian, rambut, warna kulit dan mata.

Faktor yang kedua ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran merujuk kepada semua pengalaman luar individu sama ada sebelum atau selepas lahir.

· Sebelum lahir :

i. Pemakanan dan kesihatan ibu

ii. Gaya hidup

iii. Rawatan yang diterima ibu

iv. Usia ibu

v. Emosi ibu.

· Selepas lahir :

i. Pemakanan kanak-kanak

ii. Sosio ekonomi

iii. Tahap pendidikan keluarga

iv. Rakan sebaya

v. Sekolah masyarakat

vi. Tempat ibadat

vii. Media

viii. Persekitaran dunia.

Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menyatakan bahawa perkembangan kanak=kanak adalah hasil interaksi antara persekitaran dangan kanak-kanak. Menurutnya, persekitaran perkembangan individu mempunyai lima sistem iaitu :

a) Mikrosistem

Ø Persekitaran yang terdekat dan sentiasa berinterksi secara langsung dan menghabiskan banyak masa. Contohnya, ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

b) Mesosistem

Ø Perhubungan anatara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam hubungan mikrosistem akan mempengaruhi mikrosistem yang lain. Contohnya keadaan dirumah dan sekolah.

c) Eksosistem

Ø Tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang dibuat berdasarkan persekitaran dan akan mendatangkan kesan kepada kanak-kanak. Contohnya sekolah, pasar raya, pengurusan, kemudahan, dan peraturan.

d) Makrosistem

Ø Perkembangan yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Peranan jantina dititikberatkan didalam sesuatu masyarakat, seperti peranan yang lebih dominan diberikan kepada kaum lelaki untuk pekerjaan-pekerjaan yang penting (Santrock, 2008).

e) Kronosistem

Ø Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Perubahan ini adalah berpandukan kepada peredaran zaman daripada tradisional kepada moden.

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI PERINGKAT KANAK-KANAK

Pada bahagian ini, saya ditugaskan untuk mengkaji perkembangan sosio-emosi kanak dari umur 6-12 tahun. Saya telah melakukan kajian ini di sekolah rendah dimana saya melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 17 Mac 2008 hingga 21 Mac 2008. Dalam kaian ini, saya telah menilai tiga orang murid sekolah tersebut yang berumur enam tahun, 7 tahun dan sembilan tahun. Dalam kajian saya ini, saya telah merangka pelbagai strategi dan soalan yang akan saya tanyakan kepada mereka untuk mengetahui tahap dan perkembangan sosio-emosi mereka bertiga. Pada hari yang telah ditetapkan, saya telah menemui ketiga-tiga murid ini secara bergilir-gilir. Ternyata, perkembangan sosio-emosi mereka adala berbeza mengikut tahap umur mereka.

Dalam pemerhatian ini, saya menggunakan teknik pemerhatian Skala Pemeringkatan. Pemerhatian ini sesuai digunakan apabila tingkah laku yang diperhatikan menggunakan komponen atau elemen yang berlainan. Ia dinilai dengan menggunakan tahap yang baik, sederhana dan lemah bergantung kepada elemen kanak-kanak yang diperhati. Sila rujuk halaman sebelah untuk melihat hasil penilaian saya.

Friday, August 7, 2009

apa salahku....

aku ada seorang jjunior prmpn... agk rapat jugak dengan die..
tetibe je die menjauhkan diri dari aku...
dia mula menjauhkan diri dari aku selepas budak baharu mendaftar masuk study tmpat aku..
aku tak taulah ape salah aku smpaikan aku nak ajak dia berbual pon die tak mahu...
bile aku tanye dia, di menyindir aku... die kate:
"hm, kan ade budak junior baru, watpe nak layan kite lagi..."
aku rase pelik bile die ckp mcm tu kat aku..
sedih sgt aku dituduh sebegitu rupa...
nthlah... aku pon tak tahu nak wat mcm mane...