Wednesday, August 24, 2011

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan yang bersifat kualitatif. Kualitatif merupakan sesuatu perubahan yang dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal yang dikenali sebagai peringkat pertumbuhan. Secara umumnya, perkembangan adalah kemahiran menggunakan anggota badan seperti memusing badan, duduk, merangkak, menyatakan kehendak dirinya, berjalan dan berlari.

Menurut Santrock (2008), perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga akhir hayat. Selain itu, D.S Wright dan Ann Taylor pula menyatakan bahawa perkembangan adalah perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Selain itu juga, ada pendapat yang lain seperti pendapat Crow yang menyatakan perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. pula mentakrifkan bahawa perkembangan dihasilkan daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Kesimpulannya, perkembangan adalah bersifat kualitatif iaitu perkembangan kebolehan dan dalaman diri kanak-kanak, manakala pertumbuhan pula bersifat kuantitatif yang dapat diukur dan dilihat seperti pertambahan saiz serta struktur badan. Pertumbuhan pula melibatkan kemahiran menjalin hubungan social dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat.

PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan kanak-kanak merupakan suatu proses yang turut mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Antara prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Hal ini bermaksud setiap perkembangan kanak-kanak adalah berlaku secara teratur mengikut prosedur yang telah berlaku sejak azali lagi. Contohnya, kanak-kanak hanya boleh duduk pada peringkat awal dengan bantuan, setelah itu merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Proses perkembangan ini berlaku secara teratur dari yang rendah hingga ke peringkat yang tinggi. Perkembangan ini berlaku secara knkrit dan abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip yang kedua ialah perubahan dalam bentuk pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada spesifik. Contohnya, bayi diajar untuk menggunakan motor kasar dan motor halus yang mereka punyai. Latihan ini adalah amat penting dan penjaga hendaklah member peluang kepada bayi untuk menggunakan otot kasar dan otot halus mereka dengan baik. Antara contoh prinsip ini ialah kebolehan bayi menggenggam objek (otot kasar) dan kebolehan bayi memegang objek menggunakan jari (otot halus).

Prinsip yang ketga pula ialah perkembangan dan pertumbuhan berlaku secara berterusan. Kanak-kanak yang telah memperolehi kemahiran yang sedia ada akan menambah kemahiran-kemahiran tersebut untuk mencapai kemahiran-kemahiran baharu kelak. Misalannya, seorang kanak-kanak telah mencapai kebolehan untuk berlari, dan akhirnya kanak-kanak tersebut dapat melompat setelah menguasai kemahiran berlari. Ia merupakan proses yang berlaku secara perterusan dan tidak akan pernah berhenti.

Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadarnya berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat berjalan lebih awal daripada kanak-kanak yang biasa dan ada juga kanak-kanak yang dapat bercakap lebih awal daripada kadar masa yang kebiasaannya. Ini menunjukkan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari segi pengkadaran dan masanya.

Prinsip asas yang terakhir ialah perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah bergantung kepada faktor genetik yang tertumpu kepada potensi yang sedia ada dalam diri seseorang individu. Pembelajaran pula adalah proses yang dapat dicapai melalui usaha dan latihan yang berterusan. Hal ini bergantung kepada proses peniruan dan identifikasi. Contohnya seseorang individu itu mempunyai keinginan untuk memandu kereta, tetapi dia hanya boleh memandu jika hanya dia berlatih dan meniru cara-cara untuk memandu kereta.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Terdapat beberapa faktor perkembangan yang dapat saya perolehi daripada dapatan kajian saya bedasarkan sumber yang tertentu. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan ialah faktor baka. Faktor baka merupakan faktor yang amat besar kesannya terhadapa perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, baka adalah merujuk kepada cirri-ciri biologi. Ia juga mengandungi gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa mereka kepada anak-anaknya. Gen ini terkandung pada kromosom yang juga medium utama untuk menguasai perkembangan manusia dan adalah unik serta berbeza untuk setiap individu. Contohnya ialah seperti ketinggian, rambut, warna kulit dan mata.

Faktor yang kedua ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran merujuk kepada semua pengalaman luar individu sama ada sebelum atau selepas lahir.

· Sebelum lahir :

i. Pemakanan dan kesihatan ibu

ii. Gaya hidup

iii. Rawatan yang diterima ibu

iv. Usia ibu

v. Emosi ibu.

· Selepas lahir :

i. Pemakanan kanak-kanak

ii. Sosio ekonomi

iii. Tahap pendidikan keluarga

iv. Rakan sebaya

v. Sekolah masyarakat

vi. Tempat ibadat

vii. Media

viii. Persekitaran dunia.

Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menyatakan bahawa perkembangan kanak=kanak adalah hasil interaksi antara persekitaran dangan kanak-kanak. Menurutnya, persekitaran perkembangan individu mempunyai lima sistem iaitu :

a) Mikrosistem

Ø Persekitaran yang terdekat dan sentiasa berinterksi secara langsung dan menghabiskan banyak masa. Contohnya, ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

b) Mesosistem

Ø Perhubungan anatara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam hubungan mikrosistem akan mempengaruhi mikrosistem yang lain. Contohnya keadaan dirumah dan sekolah.

c) Eksosistem

Ø Tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang dibuat berdasarkan persekitaran dan akan mendatangkan kesan kepada kanak-kanak. Contohnya sekolah, pasar raya, pengurusan, kemudahan, dan peraturan.

d) Makrosistem

Ø Perkembangan yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Peranan jantina dititikberatkan didalam sesuatu masyarakat, seperti peranan yang lebih dominan diberikan kepada kaum lelaki untuk pekerjaan-pekerjaan yang penting (Santrock, 2008).

e) Kronosistem

Ø Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Perubahan ini adalah berpandukan kepada peredaran zaman daripada tradisional kepada moden.

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI PERINGKAT KANAK-KANAK

Pada bahagian ini, saya ditugaskan untuk mengkaji perkembangan sosio-emosi kanak dari umur 6-12 tahun. Saya telah melakukan kajian ini di sekolah rendah dimana saya melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 17 Mac 2008 hingga 21 Mac 2008. Dalam kaian ini, saya telah menilai tiga orang murid sekolah tersebut yang berumur enam tahun, 7 tahun dan sembilan tahun. Dalam kajian saya ini, saya telah merangka pelbagai strategi dan soalan yang akan saya tanyakan kepada mereka untuk mengetahui tahap dan perkembangan sosio-emosi mereka bertiga. Pada hari yang telah ditetapkan, saya telah menemui ketiga-tiga murid ini secara bergilir-gilir. Ternyata, perkembangan sosio-emosi mereka adala berbeza mengikut tahap umur mereka.

Dalam pemerhatian ini, saya menggunakan teknik pemerhatian Skala Pemeringkatan. Pemerhatian ini sesuai digunakan apabila tingkah laku yang diperhatikan menggunakan komponen atau elemen yang berlainan. Ia dinilai dengan menggunakan tahap yang baik, sederhana dan lemah bergantung kepada elemen kanak-kanak yang diperhati. Sila rujuk halaman sebelah untuk melihat hasil penilaian saya.

No comments:

Post a Comment