I
ha, itu lah sekolah aku.. sekolah jenis kebangsaan cina. kata orang "tak kenal maka tak cinta". tapi sangat berlainan tanggapan aku bagi sekolah ni. dah masuk tahun kedua aku bertugas di sekolah ni. aku kenal sekolah ni, tapi aku tak cinta. ha, panjang ceritanya.
sejak kali pertama ak melangkah masuk sekolah ni, aku beranggapan sekolah ini akan menjadi satu elemen pengajaran yang dapat dijadikan pengalaman manis untuk aku. rupanya tidak sekali pun tanggapan aku betul. aku telah menghadapi suatu cabaran dan dugaan yang teramat berat dan hanya Allah sahaja yang tahu.
aku mengalami masalah pengajaran di sekolah ini. murid-murid cina tidak dapat mengikuti pengajaran yang aku laksanakan sepanjang aku berada di sana. mereka tidak memahami bahasa yang aku gunakan iaitu bahasa ibunda!. rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dan memahami bahasa malaysia.
aku seumapama mengajar manusia yang tidak mengerti apa yang aku ucapkan. ianya bukan sekadar sukar, tetapi teramat amat amat sukar. tahun pertama aku mengajar di sekolah tersebut, aku mengalami tekanan yang teramat dahsyat sehinggakan rambut aku gugur setiap hari. aku juga sering mendapat sakit yang remeh-remeh akibat tekanan tersebut.
tahun berkenaan merupakan tahun penyiksaan bagi diriku. aku tidak menafikan bahawa terdapat segelintir yang boleh bertutur dalam bahasa malaysia, tetapi yang boleh bertutur tu umpama 1 dalam 50 orang.
pada tahun pertama, aku dikritik hebat dan diperkatakan oleh guru-guru senior sekolah tersebut mengenai ketidakbolehan aku mengajar anak2 bangsa mereka. mereka mengatakan bahawa aku tidak dapat mengawal bilik darjah. aku tidak marah dengan kata-kata mereka, tetapi aku akui yang memang itu kelemahan aku. aku tidak dapat memberi pemahaman pengajaran subjek bahasa melayu kepada murid-murid yang tidak boleh berbahasa melayu langsung.
guru-guru senior di sekolah tersebut juga turut cuba untuk memberikan pertolongan kepada aku untuk mengawal bilik darjah, tetapi hanya sementara sahaja perubahannya,. murid-murid akan tetap bising, tidak membuat kerja yang diberikan. hasilnya, bila lepas periksa, markah murid-murid tersebut teruk. mcm tak belajar. tapi memamng mereka tak belajar pun, main je lebih! hahahah...
sehinggakan satu hari aku menangis sorang2 dalam kereta ketika pulang dari sekolah. aku sedih sangat dan aku tertekan yang teramat. aku menangis! dalam kereta keseorangan. dan dalam pada masa yang sama aku terdengar di radio sinar fm, dr fazilah kamsah bg motivasi yang ade kene mengena dengan aku. di kata " orang yang gagal dalam hidupnya adalah orang yang gagal dalam kerjayanya" nah, setepek kene kat muka aku.. hm...
sambung lagi nanti... dah juling mata aku taip banyak2.. huhuh
No comments:
Post a Comment